Hanya Islam yang akan mampu menyelamatkan umat manusia daripada kegelapan kepada cahaya, daripada kesesatan kepada kebenaran dan daripada kesempitan kepada keluasan.
Khamis, 18 Februari 2010
Indahnya Islam
Assalamualaikum,
Saudara saudara yang dihormati,
Kita amat bersyukur dilahirkan sebagai seorang yang beragama Islam. Malah kita dibesarkan sebagai muslim. Seluruh hidup kita diajar untuk menjadi seorang muslim dengan mentaati ajaran-ajarannya yang diwajibkan ke atas umatnya.
Sesungguhnya Islam adalah agama yang benar. Islam adalah agama yang indah. Ini kerana Islam adalah agama yang diturunkan oleh pencipta alam semesta ini dan disampaikan oleh rasul sebagai sebaik-baik manusia. Oleh itu beruntungnya kita sebagai muslim.
Justeru, marilah kita menjadi seorang muslim yang sebenar-benarnya agar kita mendapat keredaan Allah. Seterusnya mendapat balasan dengan kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan